;

PRAKATA

YA ILAHI

Kata awalku pembuka tari

Kesyukuran dipanjatkan kepada Pemutlak Abadi

Limpahan Masa, Kudrat dan Amanah diberi

Sempatkah kusempurnakan

Untuk Kauhitungi nanti

SAUDARA

MAAF

Di sini tiada berencik tiada bertuan

Tiada presiden, tiada ketua,

Tiada datuk, tiada raja

Tiada yang arif

Tiada tok segala

Kerana

Kita perlu

memperHAMBAkan DIRI

hanya kepada

YANG MAHA

ABADI

Dan

di ruang mata

di luang masa

marilah bersama

kita saling sampai menyampaikan

kita saling pesan berpesanan

kita saling ingat mengingatkan

dan

semoga kita nanti

bukanlah hambaNYA yang rugi.

SEJAHTERA

UNTUK SAUDARA SEMUA

BACALAH !
Let’s READ


HAL NAHNU MUSLIMUN ?

Muhammad Quthb


Mukadimah

Mengapakah pengertian kita tentang Islam terkikis sedemikian rupa ?

Mengapakah pengertian universal tentang kehidupan insani dalam semua aspeknya, suatu pengertian paripurna tentang alam dan hakikatnya, tentang manusia dan kehidupan terkikis dan menipis, sehingga yang tinggal hanya sekadar peribadatan yang dilaksanakan secara formalitas ? Bahkan adakalanya, hanya niat saja yang dilaksanakan, dan yang paling menyedihkan, terkadang niat itupun hilang. Kemudian masihkah terfikir dalam pemikiran kita, bahawa kita tergolong kaum Muslimin yang setia terhadap Islam ?

Bagaimana Islam yang Universal itu terhapus dari hukum yang mengatur kehidupan seluruh umat manusia baik dalam perekonomian, kemasyarakatan, material, spiritual, politik, ideal, ritual, dan seluruh tingkahlaku dalam kehidupan ? Dan akhirnya yang tinggal hanya ritual buta, yang tidak berbekas pada kegiatan dan fakta kehidupan masyarakat. Yang tinggal hanya ritual yang tidak mampu mengislamkan fikiran, perasaan dan visinya sendiri. Muslim yang tidak merasa asing hidup di tengah-tengah masyarakat yang tidak Islami, kerananya tidak terlintas dalam fikirannya untuk mengubah dirinya dan masyarakat supaya bertingkahlaku sesuai dengan Islam, baik dalam hubungannya dengan Allah, hubungan individu dengan individu, hubungan individu dengan masyarakat dan negara, atau hubungan antara atasan dengan bawahan.

Bagaimana bisa terjadi kehidupan paripurna yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip Islam yang meliputi masalah bumi dan langit, masalah dunia dan akhirat, tiba-tiba berantakan, terpecah berkeping-keping ? Kalau ada yang tertinggal dalam falta kehidupan, ia bagaikan tampalan kain sutera pada dasar kain kasar, sehingga kelihatan menyolok dan tidak serasi ¿

Bagaimana fikiran-fikiran aneh yang membagi Islam atas sisi ritual dan tingkahlaku tumbuh dan berkembang ¿? Kemudian memisahkan antara keduanya, dan meyakini bahawa ritual tanpa tingkahlaku bisa jadi Islam ¡! Bagaimana mungkin terlintas dalam fikiran Muslimin bahawa mereka boleh mengimport sistem ekonomi, social, tradisi, dan teori aliran manapun di muka bumi di luar Islam, kemudian mereka terapkan dalam kehidupan mereka, sementara itu mereka tetap terasa maíz utuh dalam Islam ¡!

Apakah mungkin sebagai seorang Muslim bisa membenarkan pandangan peribadinya yang melanggar ajaran Tuhanya dari A sampai Z, mengkhianati amanah Allah, menipu, curang, dan hidup malampaui batas kesenangan dari tanggungjawab membina dirindan mendakwahi masyarakat dalam menegakkan masyarakat Muslim ? Bahkan ia berpartisipasi aktif mendirikan masyarakat yang tidak Islami yang berdiri di atas landasan kezaliman, kemaksiatan dan penyimpangan. Namun dia maíz melaksanakan sholat beberapa rokaat stiap harinya baik dengan ikhlas atau tidak, dengan itu dia merasa dapat dibebaskan dari tanggungjawabnya di hadapan ALLAH SWT dan dia dimasukkan dalam golongan kaum Muslimin ¡!

Bagaimana mungkin seorang wanita Muslim menggambarkan dirinya melanggar dan mengkhianqti ajaran Allah : menipu, bohong, menggunjingkan saudara sesama Muslim, dan mempamerkan kecantikannya di depan mata yang rakus dan bernafsu berahi dan melepaskan diri dari tanggungjawab untuk meluruskan tingkahlaku peribadinya, anak dan keluarga serta masyarakat ¿? Malahan dia ikut serta menggalakkan kegiatan masyarakat yang tidak Islami, yang dilksanakan di atas landasan kezaliman, hawa nafsu, kemaksiatan dan penyimpangan. Kemudian terlintas di dalam angan-angannya bahkan niat baik dalam hatinya kelak akan mampu menggugurkan pertanggungjawapabannya di depan ALLAH SWT., dan dia sekaligus termasuk golongan muslimat yang beroleh kenikmatan.
Dari mana datangnya virus fikiran-fikiran aneh yang mengataan : Apa urusan Agama dengan tata kehidupan kemasyarakatan, ekonomi, tata hubungan individu dengan masyarakat dan negara ¿? Apa hubungan Agama dengan realitas kehidupan, tradisi, busana terutama wanita ¿? Apa hubungan dan wewenang agama mengatur dan mencampuri mass media modern : pers (akhbar/web ?), radio, televisyen, bioskop dan lain-lain ¿?

Keadaan yang demikian tidak akan pernah terjadi apabila masyarakat benar-benar menjalankan syariat Islam, bahkan Belem terjadi pada masyarakat Islam sebelum penyerbuan Peranchis dan Barat terhadap dunia Islam. Memang sejak dini terlihat gejala pemisahan nilai-nilai agama dengan falta kehidupan di zaman califa bani Umaiyah, tetapi pemisahan itu tidak meruntuhkan sendi-sendi Islam secara keseluruhan. Waktu itu pemerintahan pusat melakukan kecurangan dan kerosakan terbatas dalam politik pemerintahan dan kewangan, akan tetapi masyarakat itu tetap memelihara keyakinan dan amalnya di atas sendi dan dasar Islam. Dan mereka mengatur tatacara kemasyaraktahanatahantan, hukum dan perundang-undangan secara paripurna tetap bersumber dari telaga Islam yang murni.

Ketika pemerinahan Turku Usthmani, gejala pemisahan atau sekularisasi itu meluas, Namur tingkahlaku, akhlak muamalat fikiran dan pandangan hidup kemasyarakatan masih utuh Islami. Hal ini berlangsung terus ingá instituís kaum Salib terakhir pada abad ke 17 hinga ke 19 yang terus berlanjut sampai ke abad 20. Pada saat inilah terjadi kekacauan dan perselisihan besar serta erosi pemikiran dan aqidah ummat meluas tak terkendali.

Buku kecil ini yang lagi anda tekuni ini, berusaha menyelusuri repintas kilas factor penyebab erosi yang mengikis pemahaman Islam yang agung dan paripurna, yang telah lama ditantang, diperangi dan ingin disul kembali kap sehingga keutuhan Islam itu berantakan dan bercerai-berai, satu sama lain, dan pada akhirnya Islam tingla hanya sebagai Ibadan dan para pemeluknya merasa bahawa mereka telah Islam secara benar, dengan modal itulah, mereka redha menemui Tuhannya dan ALLAH Tuhan mereka juga meredhainya. Pada hal jelas Allah berfirman dalam kitabNya yang mulia bahawa itu bukan Islam Yang diKehendaki Allah !

Semoga dengan mengetahui sumber dan cara penyebaran penyimpangan itu, kita sedar akan tipu daya yang ada di balik itu. Muda-mudahan kia kembali mengenal dii kita dan kembali sebagai Muslim benar dan taat.

Allah jugalah Pemberi Taufik dan Hidayah lepada Sesiapa yang di kehendakiNYA ¡ !!!.




MUHAMMAD QUTHB

MUSLIMKAH

A K U ?

(Hasil terjemahan tulisan Muhammad Quthb)

Bab 1 : Pengertian Islam

Bagaimanakah kaum Muslimin dahulu memahami Islam dan bagaimana seharusnya kaum Muslimin memahaminya sekarang ?

Tidak diragukan lagi bahawa pemahaman kaum Muslimin dahulu tidaklah sama dengan pemahaman kaum muslimin di zaman moden ini; yang memahami islam sebagai kumpulan peribadatan yang dilaksanakan terpisah daripada tingkahlaku factual.yang merasa MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS sewaktu beribadat, kemudian DIA MENGHADAP YANG LAIN DARI ALLAH daLam segala kegiatan hidupnya.

Islam yang difahami Rasulullah, yang difahami para sahabat dan tabiin adalah Islamnya jiwa secara utuh kepada Allah. Eksistensi manusia seutuhnya dituntut untuk menyerahkan diri kepada Allah. Seharusnya fikiran, ritual, tingkah laku faktualnya secara utuhpun didasarkan atas ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Kaum Muslimin tidak memahami kalimah syahadah : LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADAN RASULULLAH yang mereka ucapkan kerana ucapan itu tidak meresap ke dalam jiwa dan tidak dibuktikan dalam fakta kehidupan.

Sebenarnya mereka memahami erti syahadah : TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, bahawa ALLAH itu PENGUASA TUNGGAL ALAM ini, dan ALLAH Pengatur satu-satunya setiap kejadian. Dia sendirilah yang wajib disembah dan kepadaNYA jugalah semua hati, rasa takut, dan ketaqwaan ditujukan. Bahawa DIA sajalah PEMBERI kehidupan dan PENENTU kematian. Dia sendirilah PEMBERI REZEKI yang MAHA KUAT lagi TANGGUH. Dan Bahawa penyembahan diri kepada yang lainnya dengan peribadatan atau ketakutan dan dugaan bahawa masih ada kekuatan lainnya, baik di langit mahupun di bumi, yang bisa memberikan keuntungan dan kerugian, adalah kemusyrikan yang sentiasa mereka pohon dijauhkan ALLAH daripada mereka.

Bahkan mereka memahami erti TIADA TUHAN SELAIN ALLAH lebih daripada itu, bahawa ALLAH sahajalah YANG BERHAK dan berwewenang MENETAPKAN HUKUM. DIA SAHAJAlah yang mengundangkannya kepada Manusia. DIA SENDIRIlah yang berwenang menetapkan tata tertib dan peraturan pergaulan hidup mereka, dan tidak ada seorangpun atau sesuatu kekuatanpun di jagat raya ini yang berhak dan berwenang dalam soal itu. Dan permasalahan ini adalah permasalahan lama, seusia dengan kehidupan manusia di bumi :

“KAMI BERKATA : TURUNLAH KAMU SEKELIAN (DARI SYORGA KE BUMI) ! JIKA DATANG PETUNJUKKU KEPADAMU, MAKA, BARANG SIAPA YANG MENGIKUTINPETUNJUKKU, NESCAYA TIDAK ADA KEKHUATIRAN ATAS MEREKA, DAN TIDAK PULA BERSEDIH HATI” (alBaqarah :37)

Suatu masalah yang sentiasa menyertai kehidupan sepanjang sejarah kehidupannya, supaya sentiasa berpegang teguh dengan PETUNJUK HIDAYAH ALLAH dan berbuat sesuai dengan ketentuanNYA, kalau tidak, jelas, mereka bukan kaum Muslimin.

Begitu pula mereka memahami syahadah : BAHAWA MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH, bahawa Rasulullah itu benar-benar RASUL ALLAH yang dipercayakan untuk menyampaikan RISALAHNYA. Rísalah petunjuk yang sentiasa menyertai ummat manusia untuk ditaati dan ditakuti. Dialah satu-satunya orang yang dipercaya ALLAH untuk menyampaikan AYAT-AYAT YANG WAJIB DIPATUHI bersama dengan KEPATUHAN KEPADA ALLAH SWT :

“DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASULPUN MELAINKAN SUPAYA DITAATI DENGAN IZIN ALLAH. DAN APA-APA YANG DIBERIKAN (DISAMPAAIKAN) RASUL ITU KEPADAMU, AMBILLAH (AMALKANLAH) DAN APA-APA YANG DILARANGNYA, HENTIKANLAH”

Rasululah SAW merupakan pola praktik hidup daripada rízala langit itu, dialah suri teladan dalam setiap tingkahlaku dan kegiatan Amat manusia. Dialah pemimpin Amat, pengasuh, guru dan pembimbing setiap Muslim bahakan dialah cahaya terang sebagai penerang dalam kegelapan.

Demikianlah pemahaman secara umum atau global tentang TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan bahawa MUHAMMAD itu RASUL ALLAH. Suatu pengertian yang sering menjadikan orang menganggap dirinya Islam begitu pengertian itu adalah fikirannya, sebab, pada kenyataannya, Syahadah itu merupakan hakikat Islam, yang mampu mengubah diri peribadi dalam kehidupannya, dan berdaya guna untuk mengarahkan seseorang ke JALAN YANG BENAR atau JALAN ALLAH apabila Syahadah itu tertanam dalam setiap peribadi.

Daripada pemahaman umum itu berkembang atau memancar pula pengarahan-pengarahan AlQuran yang mendetilkan tingkahlaku Rasulullah yang praktis serta berbagai pemahaman lain berpengaruh serta mendalam dalam jira kaum Muslimin dahulu, yang memantul dalam fikiran dan tingkah laku mereka, meskipun mereka tidak berfalsafah dan menulis berjilid-jilid buku seperti yang Semarang kita lakukan.

Kaum Muslimin itu sefaham bahawa suatu niat yang tertanam dalam kalbu belum bererti Islam, selama niat itu tidak direalisasikan dalam perbuatan nyata dan tingkahlaku actual, menurut penilaian ALLAH ia Belem punyai erti sebelum ada bukti yang faktual. Rasulullah bersabda :

“Keimanan itu bukan angan-angan atau satu perhiasan akan tetapi apa yang tertanam di dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata.”

Kami (penulis) baru menyedari kebenaran axioma ini dan kedalaman pembuktian nya dalam kehidupan manusia setelah melakukan pembahasan filsafat dan khususnya penelitian psikologi.

Manusia sering terlibat seolaholah puas dengan suatu pemikiran dan memahami pemikiran itu secara mendalam sehingga merasa tidak perlu melakukan pemikiran ulang, atau mendengar pemikiran lain kerana ia merasa pemikirannya benar dan tak perlu diperdebatkan lagi dan secara mantap telah tertanam di dalam bathinnya. Tiba-tiba ternyata fikirannya itu hanyalah fatamorgana belaka dan tiada buktinya dalam kenyataan atau hanya memiliki sedikit potensi dan tidak cukup untuk menggerakkan roda kehidupan.

Pada waktu anda bermimpi terbayang pada anda bahawa dengan daya tolak sedikit anda mampu menggerakkan alam !

Tetapi setelah bangun, anda mencuba memindahkan sebuah meja tulis saja terasa berat sekali. Kalau anda hendak menggeser, anda harus menambah kekuatan daya tolak anda itu, atau mengumpulkan daya potensi nyata dari semangat yang terpendam dalam diri anda, sehingga sebanding dengan kekuatan berat benda itu, kemudian baru anda tambah pula energi potencial itu untuk mengaktualisasikan daya tolak itu dalam alam nyata. Gerakan itulah yang menjadi tolak ukur yang hakiki dari adanya sisa daya potensi yang terpendam itu.

Hakikat ini bukan khusus terdapat dalam alam manusia (mikrokosmos) sahaja, akan tetapi ia merupakan bahagian dari hakikat alam semesta (makrokosmos), yang merupakan hukum dari alam kehidupan.

Para pencipta alat penggerak – mesin – menyedari bahawa energi potencial sahaja tidak cukup. Ia pertama-tama harus merubah kekuatan terpendam menjadi kekuatan nyata (lahiriah), ertinya mengubah niat menjadi tingkahlaku, lalu tingkahlaku itu ditingkatkan bukan hanya sebanding dengan kekuatan yang hendak dilawan, akan tetapi harus lebih kuat dari itu, sehingga menggerakkan alam nyata yang dibutuhkan dalam fakta kehidupan.

Daya gerak itu merupakan hukum alam semesta yang didasarkan pada hakikat : mengubah potensi energi terpendam menjadi kekuatan nyata dan pertambahan kekuatan perlu untuk melawan (mengatasi) kemudian menggerakkan ke arah yang dikehendaki.

Jira manusia merupakan satu kekuatan alami yang sentiasa berjalan menurut hukumnya sendiri, dan hal ini tidak berbeza dengan kekuatan alam semesta lanilla, baik secara material mahupun mental. Sedang materi serta energi/tenaga itu menurut ilmu pengetahuan moden adalah sama. Kenyataan ini menunjukkan bahawa niat sahaja tidak cukup, kerana itu baru merupakan kekuatan terpendam yang belum diubah menjadi daya usaha dan belum diuji cuba untuk melawan rintangan.

Marilah kita perhatikan : Apa sebenarnya rintangan alami dalam kehidupan manusia? Rintangan yang mesti dilatan bukan sekadar dengan niat, tetapi mengubah niat itu menjadi kekuatan hakiki, pertama-tama untuk menseimbangkannya, kemudian diwujudkan dalam daya gerak yang hakiki dalam kehidupan nyata.

1. Rintangan dari Dalam

Rintangan ini berupa : senang berkumpul (berpuak, berpersatuan), adat istiadat, tradisi, inginkan kehidupan yang mudah, tidak suka bersusah payah dan enggan mengahadapi keletihan atau risiko. Inilah nafsu.

2. Rintangan dari Luar

Antara lain : norma kemasyarakatan yang menindas dan kekuatan yang menyimpang dalam masyarakat, kadangkala ini malah berpengaruh lebih besar.

Untuk jelasnya kami berikan predikat Taghut, ertinya semua kekuatan yang melampaui batas dan menyimpang dari jalan yang lurus.

Hawa nafsu dari dalam diri dan taghut dari luar, merupakan kekuatan “hakiki”, faktual, bergerak, memiliki daya tekan, daya berat dan daya tolak. Untuk menghadapi inilah potensi niat saja tidak cukup apa lagi untuk mengalahkannya serta untuk menimbulkan daya gerak yang constan/tetap dalam jalur kebenaran.

Ini merupakan suatu dalil dari hukum jira dan hukum kehidupan, dan Rasulullah SAW sangat memahami dan menyedarinya sehingga beliau bersabda :

“ Keimanan itu bukan angan-angan dan bukan pula perhiasan akan tetapi apa yang tertanam dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata”

Begitu pula para sahabat baginda. Mereka memahami dan menyedari benar, sehingga mereka berjuang dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan diri dan masyarakat mereka atas landasan Islam.

Apalah ertinya sekadar niat baik yang ikhlas dalam fakta kehidupan ini ?

Atau dari segi lain, apa pula keburukannya ?

Keburukannya, ia ibarat fatamorgana, satu tipu daya belaka. Ia memberikan khayalan yang mengasyikkan anda dan anda dilamun mimpi bahawa dengan kekuatan atau daya tolak yang sedikit, bisa menggerakkan alam.

Namun anda belum pernah mencuba seberapa besar tenaga yang dibutuhkan untuk memindahkan sebuah meja tulis dari tempatnya. Anda cukup puas bahawa anda ikhlas, berhati bersih, berjiwa polos dan berwatak lupus, dan sentiasa mengadakan kontak dengan Allah dan melakukan apa-apa yang diredhainya.

Ya ! Namun dikala anda diminta mengekang hawa nafsu, diminta mengubah adat istiadat dan kebiasaan, atau berusaha untuk mengubah tradisi masyarakat dari tempat anda hidup, dikala anda dituntut menunaikan kewajipan mengubah dan memperbaiki persimpangan yang terjadi di tengah masyarakat, supaya mereka berjalan sesuai dengan jalan lurus yang anda anut dengan kesediaan untuk mendapatkan risiko gangguan, penderitaan dan pemecatan !

Dikala anda dituntut untuk menghadapi si Taghut, Taghut yang bagaimanapun bentuknya, dan risikonya, jiwa anda terancam !

Bagaimana sikap anda kini ? Apa sisa faktual dari niat baik yang terpendam dalam bathin anda ?

Sungguh benar bahawa pekerjaan tanpa niat yang terpendam dalam bathin tidak bererti; akan tetapi kalau niat saja, apa gunanya? Tanpa diikuti menjadi sebuah kekuatan nyata yang berdaya guna dalam kehidupan ?

Apakah sabda Rasulullah SAW : “Keimanan itu bukan angan-angan dan bukan per hiasan, akan tetapi apa yang tertanam dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata “ ter lalu kabur dan sulit untuk difahami ?

Atau, apakah Rasulullah dalam soal ini, seorang yang realis dalam erti yang sebenar nya ? esang

Sebenarnya, bukti hakiki dari niat baik itu ialah kesanggupannya melawan hawa nafsu dari dalam dan taghut dari luar. Kalau ia tidak diwujudkan lepada satu perlawanan nyata, atau ia tidak mampu mengubahnya, seperti balon busa (buih sabun) yang kelihatan indah dan menarik , Namur apabila tersentuh, ia lesap melenyap di udara.

Lantaran itulah, Islam tidak cukup dengan niat saja, dan Islam tidak pernah mengabaikan perwujudan karya nyata dalam kehidupan.

Lantaraqn itulah AlQuran tidak pernah mengatakan : Alladzina Amanu (orang yang beriman), akan tetapi selalu mengatakan : Alladzina Amanu wa’amilu shalihaati (orang yang beriman dan beramal soleh); Jadi, apa-apa yang terpendam dalam kalbu harus dibuktikan dengan amal nyata.

Kerana itulah agama Islam dinamakan sebagai agama fitrah, agama yang sesuai dengan fitrah, kerana Islam sesuai dengan fitrah alam dan hukum kehidupan.

Hal ini diutarakan sebagai satu dalil dari berbagai kebenaran atau kenyataan yang difahami generasi Muslim pertama tentang Islam.

Dari kesedaran dan pemahaman tentang dalil (prinsip) Islam itu, mereka bekerja keras dalam alam nyata untuk merealisasikan pemikiran Islam bukan hanya dengan menumpuk angan-angan yang baik dan menggantung cita-cita di angkasa.

Dari satu segi mereka melakukan amal peribadi, dan di segi lain, mereka bekerja dalam alam nyata untuk masyarakat dan negara/dunia Islam sebenar.

Tidak seorangpun dari kaum Muslimin terdahulu yang berpengertian bahawa ia bisa menjadi Muslim dengan niat baik sahaja sementara tindak tanduknyanya menyimpang dari Islam, hanya berlandaskan Husnudh Dhan, dengan niat baik yang tersembunyi di sebalik kelakuan.

Mereka menyedari bahawa niat dan amal perbuatan itu ibarat dua muka dari satu keping mata wang, yang tak dapat dibayarkan kecuali dengan kedua-dua mukanya. Niat baik tanpa amal perbuatan merupakan satu angan-angan kosong yang tak terbukti dalam kenyataan. Dan amal perbuatan tanpa niat baik, suatu karya yang sia-sia baik di langit mahupun di bumi, kerana ALLAH tidak menerima perbuatan apa pun kecuali jira dipersembahkan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH sahaja, dan itulah niat yang baik itu. Jadi, perbuatan tanpa niat itu bagi ukuran bumi sekalipun sentiasa akan terbukti kepalsuannya.

Kaum Muslimin generasi terdahulu, tidak seorangpun yang berfaham bahawa dia bisa menjadi Muslim dengan niat baik sahaja, sementara dalam kehidupan sehari-hari, dia terumbang-ambing bersama hawa nafsu peribadinya, kerana tergiur dengan keuntungan yang sudah di ambang pintu, kerana ingin mengejar kesempatan dan kemudahan, atau kerana memelihara diri dari keletihan, kesusahan dan bahaya. Dia hanyut bersama-sama dengan masyarakat yang tidak Islami. Yang mula-mula dimasukinya adalah tradisi atau penyimpangan, kerana ingin mendapatkan ketenangan dan ketenteraman atau mendambakan kedudukan, penilaian dan penghormatan dari masyarakat atau untuk menghindarkan diri dari gangguannya, baik gangguan itu dengan mimik (gerak air muka), dengan penghinaan dan cemuhan, atau ia berupa gangguan materi yang menyiksa badan, penggencetan ekonomi atau ancaman maut.

(Insya Allah … akan bersambung nanti)

TO BE CONTINUE

……….sambungan 2/1

MUSLIMKAH

A K U ?

(diterjemhkan dari tulisan Muhammad Quthb)

Bab 1 : Pengertian Islam

…………..

Dia hanyut bersama-sama masyarakat yang tidak Islami. Yang mula-mula dimasukinya ialah tradisi atau penyimpangan, kerana ingin mendapatkan ketenangan dan ketenteraman atau mendambakan kedudukan, penilaian dan penghormatan dari masyara- kat, atau untuk menghindarkan diri dari gangguannya, baik gangguan itu dengan mimik – gerak airmuka, dengan penghinaan dan cemuhan, atau ia merupa gangguan materi yang menyiksa badan, penggencetan ekonomi atau encaman maut.

Mereka hanya memahami dan menyedari bahawa Islam ertinya melaksanakan Islam dalam kenyataan, ertinya bahawa tingkahlaku peribadi mereka patut diIslamkan meskipun akan menghadapi tentangan dan bencana kerananya dan mereka sedar bahawa masyarakat yang menyatu dengan mereka wajib diIslamkan juga dengan kesediaan menerima risiko apa pun.

Dalam rangka ini kami mengemukakan satu realita, bahawa jiwa manusia itu tidak selamanya bisa berjalan sesuai dengan jalan lurus, dan ia tidak selamanya sanggup menghadapi kesulitan. Adakalanya ia terhenti atau berbelok dari jalar lurus kerana kelema hannya :

“DAN MANUSIA ITU DIJADIKAN DALAM KEADAAN LEMAH”

Dan Allah mengetahui kelemahan hambanya itu, dan berkuasa menghapuskan kealpaan mereka dan mengkabulkan taubat mereka, selama mereka tidak ingin tetap dalam kemaksiatan :

“DAN ALLAH MENGASIHI MEREKA YANG BERBUAT KEBAIKAN DAN MEREKA YANG APABILA BERBUAT KEJAHATAN ATAU KEZALIMAN TERHADAP DIRINYA SENDIRI, MEREKA SEGERA MENGINGAT ALLAH, LALU MEMINTA AMPUN ATAS DOSANYA ITU. DAN SIAPA PULA YANG AKAN MENGAMPUNI DOSA MANUSIA SELAIN DARI ALLAH, DAN MEREKA TIDAK BERKERAS HATI MELANJUTKAN PERBUATANNYA DOSANYA ITU SEDANG MEREKA MENGETAHUI”

Namur ada perbezaan diantara hakikat yang sudah ditetapkan dalam kehidupan ummat manusia, dengan anggapan bahawa niat baik sahaja sudah cukup untuk kehidupan dan cukup untuk Islam. Dan Allah berkenan menerima taubat hambanya dan melimpahkan Ramat bagi mereka yang brupaya merubah niatnya menjadi amal perbuatan yang bermanfaat, kemudian mereka itu berjatuhan di jalan kerana keletihan, dan mereka tidak ingin tetap dalam kejatuhannya, tetapi berusaha bangkit lagi dari ketergelincirannya itu serta memohon kiranya Allah menghapuskan kealpaannya itu dan menerima mereka kembali dalam golongan hamba-hambaNya, golongan yang dilimpahkan Allah dengan maghfirah dan keredhaanNya :

“KECUALI MEREKA YANG BERTAUBAT DAN BERIMAN, MENGERJAKAN AMAL PERBUATAN SOLEH, MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEBURUKANNYA ITU DENGAN KEBAIKAN KERANA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG”

Kaum Muslimin generasi terdahulu itu tidak memahami bahawa mereka bisa menjadi kaum Muslimin semata-mata dengan niat baik, dan membiarkan masyarakat yang tidak Islami itu berjalan terus, meskipun mereka sendiri tidak hanyut dan larut bersama penyimpangan dan kesesatannya.

Akan tetapi mereka memahami bahawa erti Islam mereka itu ialah perubahan masyarakat sesat/jahiliah menjadi masyarakat Muslim yang beriman kepada Allah dan melaksanakan hukum-hukum yang diturunkan Allah. Kalau tidak demikian, mereka bukanlah Muslimin.

Dan perjuangan mereka itu semuanya merupakan hasil pemahaman wajar dari erti Islam itu.

Islam merupakan pergerakan dari lubuk jiwa dan di dalam hakikat nyata. Dan tidaklah mungkin akidah itu akan mantap dalam jiwa kaum Muslimin tanpa direalisasikan dalam kenyataan. Dan tidaklah mungkin akidah itu akan mantap dalam jiwa kaum Muslimin tanpa mentransformasikan niat dalam kenyataan. Dan itulah yang terjadi dalam masyarakat pertama bila Islam bersemi. Ketika hakikat keimanan itu mantap dalam jiwa kaum Muslimin yang jumlahnya yang masih sedikit itu yang dibina dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dari dalam lubuk jiwa mereka menjelma keluar gerakan untuk membimbing dan meluruskan penyimpangan dan kesesatan di tengah-tengah untuk dibina kembali ke tingkat yang layak bagi manusia dengan berpedomankan hidayah dan RasulNya dan suri teladan praktis dari tingkah laku Rasulullah SAW.

Dan akhirnya mereka berhasil kerana mereka mau dan berusaha mewujudkan kemahuan mereka itu ke dalam alam nyata setelah lebih dahulu mereka berhasil mewujudkan dalam alam peribadi, pada saat itulah mereka telah menjadi kaum muslimin

Salah satu dalia lainnya yang difahami oleh kaum Muslimin terdahulu itu adalah kewajipan mendirikan masyarakat Muslim di atas syariat Allah, dan keterpencilan dan keterbebasan seseorang dari syariat Allah melepaskannya dari peribadi muslim.

Atas dasar itulah masyarakat panIslam berdiri dalam waktu yang cukup panjang, dan salah satu ciri khas itu yang membuat masyarakat itu terrenal dan mudah dibezakan dengan masyarakat lanilla.

Ciri-ciri utama masyarakat Islam yang dibina atas syariat Allah difahami dan banyak ditulis oleh para ahli sejarah, termasuk para orientalis yang telah menyatakan tekad bulatnya untuk menghancurkaqn landasan agung itu dan berusaha memisahkan masyarakat Islam dari syariat Islam dari seluruh aspek kehidupan kaum Muslimin dan ini akan dipaparkan pada pasal-pasal seterusnya. Kaum orientalis kapanpun pasti menyedari ciri-ciri kekuatan istimewa itu dan betapa kedalaman pengaruh serta kemantapan bangunannya dalam membina Muslim

……..

(Insya Allah … akan bersambung nanti)

TO BE CONTINUE

Saturday, July 31, 2010

FROM ABDULRAHMAN'S WEBSITE

Sabtu 31 Juli 2010 | 19 Sya'ban 1431 Hijriyah
KAIDAH-KAIDAH DLM MENGAMALKAN AS SUNNAH
Posted by ibn sarijan 30 July 2010 at 1:39:00 AM

Kaidah Mashlahah dan Mafsadah

Kaidah ketiga dalam mengamalkan sunnah adalah mempertimbangkan antara mashlahah (kemaslahatan) dan mafsadah (kerusakan).

Terdapat kaidah syar'iyyah: "Apabila ada dua kerusakan saling berhadapan, maka dihindari yang paling besar bahayanya dengan melakukan yang paling ringan (bahayanya)."
Dan juga kaidah yang semisalnya: "Menghindari/menolak kerusakan lebih diutamakan daripada usaha mendatangkan kemaslahatan."

Apabila suatu kerusakan berhadapan dengan suatu kemaslahatan, maka secara umum, menolak kerusakan itu lebih didahulukan (kecuali jika kerusakan itu tidak dominan). Karena sesungguhnya perhatian pembuat syari'at terhadap perkara yang dilarang itu lebih keras daripada terhadap perkara yang diperintahkan. (Al-Asybaah wan Nazhaa`ir, karya As-Suyuuthiy hal.87)

Dan dalil-dalil yang mendukung kaidah ini dalam syari'at banyak sekali.

Di antaranya adalah hadits yang telah disepakati oleh Al-Bukhariy dan Muslim -dengan lafazh Muslim- dari hadits 'A`isyah ia berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang Al-Jadr (batu), apakah itu termasuk rumah (Ka'bah)?" Beliau menjawab: "Ya." Aku bertanya lagi: "Mengapa mereka tidak memasukkannya ke dalam (bangunan) Ka'bah?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya kaummu tidak menyempurnakan bangunannya karena minimnya pendanaan." Aku berkata: "Lalu kenapa keadaan pintunya ditinggikan?" Beliau menjawab: "Kaummu melakukan itu agar mereka bisa memasukkan orang yang mereka kehendaki dan mencegah orang yang mereka kehendaki; dan kalau bukan karena kaummu masih dekat dengan masa jahiliyyah dan aku khawatir hati-hati mereka akan mengingkarinya: sungguh aku berpendapat untuk memasukkan Al-Jadr (batu pondasi) -yang dibangun oleh Nabi Ibrahim- ke dalam bangunan rumah (Ka'bah). Dan aku akan menempelkan pintunya dengan bumi."

Dan Al-Bukhariy telah membuat satu judul bab atas hadits 'A`isyah ini, dia berkata: "Bab: Meninggalkan Sebagian Usaha Dan Upaya Karena Kekhawatiran Masih Rendahnya Pemahaman Sebagian Manusia Tentangnya Lalu Mereka Terjerumus Ke Dalam Perkara Yang Lebih Dahsyat Darinya."

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Al-Fath: "Diambil faidah dari hadits ini (yaitu): meninggalkan kemaslahatan demi keamanan dari terjerumus ke dalam kerusakan."

Kemaslahatan Melunakkan Hati Manusia

Berkata Syaikhul Islam ketika menerangkan sebagian perkara mustahab:"Merupakan perkara yang disukai bagi orang yang mempunyai tujuan untuk mempertautkan (menyatukan) serta melunakkan hati-hati (muslimin) dengan meninggalkan perkara-perkara mustahab ini, karena kemaslahatan menyatukan dan melunakkan (hati-hati muslimin) dalam agama itu lebih besar daripada kemaslahatan mengerjakan perkara semisal itu.

Sebagaimana Nabi meninggalkan/menggagalkan rencana perombakan bangunan Ka'bah guna menjaga hati-hati (muslimin). Demikian juga pengingkaran Ibnu Mas'ud terhadap 'Utsman karena menyempurnakan shalat di dalam safar, kemudian ia tetap shalat di belakang 'Utsman dengan sempurna. Dan mengatakan: "Perselisihan itu adalah jelek." (Majmu' Fatawa 22/407)
Dan beliau berkata di tempat yang lain: "Mengerjakan suatu amalan boleh jadi termasuk perkara mustahab dan meninggalkannya pun terkadang demikian dengan memperhatikan kerajihan (yang paling besar/kuat) dari kemaslahatan mengerjakannya dan meninggalkannya, sesuai dengan dalil-dalil syar'iyyah.

Kadang-kadang seorang muslim dibolehkan meninggalkan amalan yang mustahab, jika dalam mengerjakannya akan didapati kerusakan yang rajih (kuat) atas kemaslahatannya. Sebagaimana Nabi telah meninggalkan membangun rumah di atas pondasi Nabi Ibrahim…, maka Nabi meninggalkan perkara tersebut yang menurut beliau hal itu lebih afdhal di antara dua perkara, karena perkara yang menghalanginya yang lebih rajih, yaitu: keislaman bani Quraisy yang masih dini, yang apabila perkara ini dilaksanakan malah akan membuat mereka lari, maka dengan ini kerusakan yang akan ditimbulkan lebih rajih atas kemaslahatan yang hendak dicapai.

Antara yang Afdhal dan Mafdhul

Oleh karena itu para imam-seperti Al-Imam Ahmad dan yang lainnya- menyukai agar seorang imam meninggalkan apa yang menurutnya afdhal dalam rangka menjaga hati para makmum, misalnya: baginya lebih afdhal memisahkan dalam shalat witir dengan mengucapkan salam pada raka'at genap kemudian shalat satu raka'at witir, sementara ia mengimami suatu kaum yang hanya mengetahui pelaksanaan shalat witir dengan cara menyambungnya (tidak memisahkannya). Maka apabila ia tidak dapat melangkah kepada yang lebih afdhal dalam pelaksanaan shalat witir tersebut, jadilah kemaslahatan yang dihasilkan dengan mencocoki mereka dengan menyambung shalat witir tersebut menjadi lebih rajih daripada kemaslahatan memisahkan shalat witir tersebut bersamaan adanya kebencian mereka untuk shalat di belakangnya.

Demikian juga bagi orang yang berpendapat merendahkan suara ketika membaca basmalah dalam shalat lebih afdhal (utama) daripada mengeraskannya, sedangkan makmum tidak sependapat dengannya. Maka melakukan tindakan yang menurutnya mafdhul (tidak lebih utama) demi kemaslahatan mencocoki dan menjaga hati para makmum merupakan hal yang rajih atas kemaslahatan mendapatkan keutamaan tersebut. Tindakan ini diperbolehkan dan baik." (Majmu' Fatawa 24/195-196)

Kaidah Ini Tidak Menafikan tentang Memperhatikan Sunnah dan Mengamalkannya

Semua contoh di atas yang berdasarkan kaidah tersebut tidaklah menafikan prinsip yang telah dijelaskan, yaitu: selalu memperhatikan sunnah dan berupaya untuk mengamalkannya serta bersemangat atasnya. Karena kaidah itu hanyalah dipakai untuk persoalan insidental, bukan untuk membunuh dan mengubur sunnah demi kaidah tersebut.

Maka apabila ada orang yang memandang, bahwa sunnah merupakan penghalang dari penghalang-penghalang di jalan yang lurus -menganggap sunnah itu mendatangkan perselisihan dan pertentangan-, sesungguhnya kita bantah ucapan tersebut: bahwa meninggalkan sunnah secara total akan mendatangkan kerusakan yang besar, dengan perbuatan itu akan hilang syari'at Allah ini sedikit demi sedikit.

Sungguh telah berkata 'Abdullah bin Mas'ud: "Akan datang suatu kaum yang meninggalkan sunnah seperti ini -yakni persendian jari-jemari- dan jika kalian membiarkan mereka, maka mereka akan datang dengan membawa malapetaka yang lebih besar. Sesungguhnya tidak ada seorang Ahli Kitab pun, kecuali merekalah yang pertama kali meninggalkan sunnah dan yang paling akhir mereka tinggalkan adalah shalat. Dan sendainya mereka tidak mau menghidupkannya, pastilah mereka akan meninggalkan shalat." (Diriwayatkan oleh Al-Laalikaa`iy dalam Syarh I'tiqaad Ahlil Hadiits 1/91)

Pemahaman yang Benar untuk Kaidah Ini

Dengan demikian, maka pemahaman yang benar untuk kaidah ini adalah: Apabila pengamalan suatu sunnah dari sunnah-sunnah yang ada akan diikuti oleh suatu mafsadah yang lebih besar daripada kemaslahatannya, maka pengamalan sunnah tersebut ditangguhkan pada situasi dan kondisi yang demikian, dengan memperhatikan beberapa hal berikut ini:
1. Wajib memberi nasihat dan mengingatkan tentang keagungan dan kebesaran kududukan sunnah.
2. Menasihati agar tidak meninggalkan sunnah selama-lamanya/terus-menerus secara berkesinambungan.
3. Apabila telah diketahui keadaan orang yang senang mengacau atas ditegakkannya sunnah, bahwasanya semata-mata penolakannya itu didasari oleh kebencian terhadap sunnah, mungkin karena kefanatikan kepada suatu madzhab, atau karena mengikuti manhaj tertentu, maka sesungguhnya sunnah itu tetap ditegakkan -walaupun membangkitkan kemarahan orang tersebut dan kemarahan seribu orang seperti dia- karena telah tsabit (tetap) dari Nabi bahwasanya beliau bersabda"…barangsiapa membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku." (Muttafaqun 'alaih dari shahabat Anas bin Malik)

Sedangkan maslahat besar yang kita inginkan hanyalah kasih sayang di antara ahlus sunnah dan mencegah terjadinya kebencian dan permusuhan di antara mereka. Maka ketika seseorang atau suatu jama'ah membenci sunnah, maka gugurlah kasih sayang terhadap mereka dan wajib menjauhi serta membenci mereka karena Allah Ta'ala.

Berbeda halnya dengan orang yang bodoh, seperti kebanyakan orang awam, mereka meninggalkan sunnah dengan bentuk penolakan karena kejahilannya terhadap orang yang menegakkan sunnah tersebut, atau terjerumus ke dalam sesuatu dari lafazh-lafazh yang dilarang. Maka dituntut dalam hal ini, bagi orang yang dipercaya dari kalangan ahlul 'ilmi ('ulama), untuk mengajari serta membantu orang tersebut dengan cara penuh kelemah-lembutan. Setelah itu, jika dia masih terus berada di atas kejahilannya, maka gabungkanlah dia bersama teman-temannya yang sebelumnya dari kalangan ahlul bid'ah. Wallaahul Musta'aan. Wallaahu A'lamu bish Shawaab.

Diambil dari kitab Dharuuratul Ihtimaam bis Sunanin Nabawiyyah.

Referensi : Buletin Islam Al Wala' Wal Bara' Edisi ke-20 Tahun ke-2 / 09 April 2004 M / 19 Shafar 1425 H

0 comments: